Info Dari Akhbar : Filem Animasi Nabi Muhammad Hilangkan Prasangka Buruk
Posted by
outreach on 10-10-2003 (17 reads)

Filem animasi, Muhammad The Last Prophet wajar ditonton oleh segenap lapisan masyarakat kerana ia merupakan satu usaha murni ke arah masyarakat berilmu terutamanya yang baru memeluk Islam serta penerapan akhlak mulia kepada kanak-kanak.Ia benar-benar membawa penonton menyorot kembali zaman kedatangan Islam dengan tidak melupakan aspek kesahihan sejarah melalui jalan cerita yang cukup mudah difahami dan dihayati.Di samping itu ia menggunakan teknik animasi yang bermutu, menyebabkan setiap orang yang menghayatinya berasa sebak pada babak-babak tertentu dalam filem ini.
Tayangan amal perdana filem animasi anjuran Islamic Outreach-ABIM (IOA) yang berlangsung di Muzium Kesenian Islam pada 3 Oktober lalu dihadiri oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin serta diiringi Permaisuri Nur ZahirahMenurut Pengarah Projeknya, Puan Sri Czarina Abdullah, tayangan perdana ini bukan sahaja akan memberi maklumat mengenai Islam kepada keluarga Islam tetapi kepada seluruh masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini."Secara tidak langsung, ia turut membuka ruang dialog serta menghilangkan prasangka dan anggapan salah mengenai Islam yang dianggap sebagai agama ganas.Ia adalah satu usaha untuk mengisi tabung aktiviti Convert's Development Program," katanya yang ditemui selepas tayangan filem tersebut.
Filem animasi ini banyak berkisar tentang kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum kedatangan Islam, seterusnya bagaimana Rasulullah s.a.w. menerima wahyu yang pertama, perjuangan baginda dalam menegakkan syiar Islam, keperitan dan kesengsaraan yang terpaksa ditempuh oleh baginda dan pengikut-pengikutnya sehingga membawa kepada penghijrahan ke Yathrib (Madinah).Turut dipaparkan kematian isteri dan bapa saudara baginda, Khadijah dan Abu Talib dan beberapa buah siri peperangan seperti perang Uhud, Badar dan Khandaq. Kisah kepulangan Nabi Muhammad s.a.w ke kota Mekah untuk menunaikan ibadat haji juga termuat dalam filem 90 minit ini.
Filem ini adalah kerjasama dengan Neguin Company Sdn. Bhd. dan Flare Studios Sdn. Bhd. yang bakal ditayangkan kepada umum pada Disember ini bersesuaian dengan sambutan Hari Raya."Sekarang ini kami sedang dalam proses mengadaptasikan filem ini ke dalam Bahasa Malaysia, selain berusaha menjadikannya dalam bentuk video cakera padat, selewat-lewatnya pada pertengahan tahun depan,'' kata Ketua Pegawai Eksekutif Flare Studios Sdn. Bhd., Miza Mohamad yang sempat ditemui.
Sumber : Utusan Malaysia (Bicara Agama)
Tarikh : 10 Oktober 2003

Info Dari Akhbar : Minta Sumbangan Bantu Orang Asli Mangsa Banjir
Posted by outreach on 11-1-2005 (15 reads)

Saudara Pengarang, PADA 7 Januari 2005, saya bersama rakan-rakan Islamic Outreach ABIM Kelantan berkesempatan untuk melakukan kerja-kerja amal, tetapi bukan di Kota Kuala Muda, Pulau Pinang atau pun Nagro Acheh Darussalam.

Kami menyelusuri nasib malang yang menimpa Orang Asli di penempatan Post Pasik, Gua Musang, Kelantan yang dihuni hampir 100 keluarga, begitu juga di Pos Bring dan Gob.Sebahagian rumah mereka musnah sama sekali akibat banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini.Keperluan hidup, pakaian dan peralatan dapur mereka hanyut dibawa arus sungai yang besar.

Kejadian ini samalah seperti ombak besar tsunami yang menghentam Kedah dan Pulau Pinang baru-baru ini.Beberapa pihak telah tampil untuk memberi bantuan kepada mereka seperti pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), ABIM dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK), namun sumbangan yang lebih besar diharapkan untuk memulihkan kehidupan mereka.

Saya menyeru kepada semua pembaca yang budiman untuk sama-sama menyumbang demi kesejahteraan hidup mereka.Kami boleh dihubungi di 09-7733536/7883878. - SUKARELAWAN MUDA, Kota Bharu, Kelantan.

Utusan Malaysia (Forum)11 Januari 2005












-->

Faizul Afzan| Official Weblog
  • syah
  • Blogger Templates
  • Internet Marketing
  • -->

  • :Clockmysite| embed clock:
  • :Awesome| MP3 Player:
  • :Ripway| Upload Documnet:
  • :Dynamic Drive | Bina Ikon:
  • :Singingbox | Upload muzik:
  • :4shared.com | File Sharing:
  • :Easy Poll | Create your poll:
  • :Poll Code | Free poll:
  • :Stickam | Audio,Video&Photo playlist:
  • :Eggdisk | File Hosting & Storage:
  • :Meebo | Chatting Online:
  • :Cbox | Chatting Box:
  • :Shouthuns| Chatting Box:
  • :Wordpress | Free Blog:
  • :Blogger | Free Blog:
  • :GOOGLE| Translate:
  • :ANFYteam| Skrip Java:
  • :Odeo| Studio Login:
  • XML

    Blogger Blogger

    Gmail Gmail - Settings 

    Groups Groups - Manage subscriptions 

    Reader Reader - Settings 

    Talk Talk

    Powered by Blogger

    make money online blogger templates


    ABIM Kelantan button link! Copy & paste at your web blog

    ABIM Kelantan | weblog



    © 2007 ISLAMIC OUTREACH | ABIM Kelantan | Blogger Templates by GeckoandFly.
    Segalanya adalah hak milik yang hakiki kepada ALLAH SWT.